Sunday, May 8, 2011

Info Lagi Tentang Karnival Jom Gempau Double Trouble

1. Tarikhnya 25 Mei hingga 29 Mei 2011. Bagi penganjur dan mereka yang terlibat, hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Begitu juga dengan jualan tiket Konsert Double Trouble Search & Wings yang terakhir, mampukah ianya mencapai sasaran ?

2. Bagaimanapun, satu sidang media Penyerahan Hadiah-hadiah Cabutan Bertuah buat pembeli tiket konsert telah diadakan di Ban Zen Motor, Melaka. Awie, Nasir, Din dan Kid Search telah menghadirkan diri.

3. Apa lagi, dapatkan tiket KONSERT DOUBLE TROUBLE yang terakhir di kaunter bas Transnasional atau hubungi saya (ehem..ehem..) untuk mendapatkan tiket tersebut. Konsert terakhir ini akan berlangsung di Stadium Hang Jebat pada 27 Mei 2011.

4. Ada satu lagi info, kepada yang berminat dengan Pocket Bike, tawaran harga yang menarik dan eksklusif buat pengunjung Karnival Jom Gempau 25 Mei hingga 29 Mei 2011. Berapa harganya ? Jumpa di Karnival JOM GEMPAU !!



5. Dianggarkan lebih 1000 bikers seluruh Malaya akan menyertai konvoi ke karnival Jom Gempau ini. Tak percaya ? Tengok video ni !


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE KARNIVAL JOM GEMPAU UNTUK MELUASKAN LAGI RANGKAIAN ANDA !!

by saifullyzan@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails