Saturday, August 20, 2011

New TVC for Raya and Merdeka Celebration

1. Sejak bermulanya Ramadan tahun ini, kami telah dilimpahkan rezeki yang tidak semena-mena oleh Allah swt.
2. Meskipun ianya tidak sebesar mana, namun ia cukup bererti bagi kami kerana kami telah diberi kepercayaan oleh World Communication Networks Resources SB untuk menjalankan kerja-kerja penerbitan sebuah iklan sempena Hari Raya dan Hari Kemerdekaan pada hujung bulan Ogos 2011 ini.
3. Dengan izin Allah juga, kami berjaya menjalankan amanah yang diberikan dalam tempoh waktu tidak sampai dua minggu untuk penerbitan TVC ini.

4. Petang Khamis 11 Ogos 2011, jam 6 petang, barulah pihak klien memberikan lampu hijau terhadap storyboard yang telah kami present seminggu sebelumnya. Mereka memilih Adibah Noor sebagai watak utama.

5. Sejak dari tarikh itu, kami bertungkus lumus melakukan kerja-kerja pre-production ; kerja-kerja casting, kautim dengan main cast, location, line-up petugas-petugas, memantapkan skrip, pemilihan equipment dan crew, art department dan banyak lagi. Phew !!!

6. Jumaat 12 Ogos 2011, jam 12.30 tengahari, terdapat lagi beberapa perubahan pada storyboard. Kami akur dengan kehendak klien dan cuba melakukan yang terbaik antara yang terbaik yang pernah kami lakukan.

7. Jumaat 12 Ogos 2011, jam 3 hingga 5 petang, ramailah yang bertandang ke pejabat World Comm untuk sesi casting. Namun, apa yang kami harapkan, tidak kesampaian. Kami mencari 5 kanak-kanak berbilang bangsa. Apa yang kami dapat, hanya 2 orang sahaja. Jam 10 malam, kami berbincang dengan Adibah Noor dan beliau telah menyarankan seorang talent kanak-kanak.
8. Sabtu 13 Ogos 2011, kami berbincang semula dengan klien. Dan klien menyarankan agar kami cuba casting anak rakan beliau. Jam 4 petang, kami mengadakan sesi casting untuk kanak-kanak tersebut ketika berbincang dengan krew produksi tentang peralatan, lokasi dan juga shootboard. Phew !! Akhirnya, Allah telah membantu kami sekali lagi. Adik-beradik yang mempunyai wajah yang kami dan klien inginkan untuk TVC ini berjaya kami perolehi.
9. Ahad 14 Ogos 2011 jam 7 pagi adalah call-time pertama untuk TVC ini. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar meskipun terdapat beberapa insiden yang tak sepatutnya kami ceritakan di sini.
 10. Isnin 15 Ogos 2011, jam 8 pagi. Art department tidak memunculkan diri membuatkan kami terpaksa membuat shot lain dahulu. Apabilamereka tiba, kami terpaksa membatalkan shot tersebut kerana terpaksa mengejar waktu dan moment yang lain. Extra yang standby untuk shot tersebut, hanya menunggu dan menunggu. Jam 4 petang, hujan lebat dan ribut yang kencang datang tanpa sebarang amaran. Serta merta penggambaran terpaksa dihentikan. Shooting pada hari tersebut berakhir jam 12 malam.
11. Selasa 16 Ogos 2011, jam 8 pagi. Shot yang tertangguh semalam, kami lakukan pada hari ini. Kerugian dianggarkan kurang lebih RM5000, kerana terpaksa memanggil pelakon extra dan juga tambahan sewa peralatan.
 12. Selepas penggambaran, terdapat lagi beberapa insiden ketika post-production.

13.  Semoga Allah swt memudahkan segala urusan seterusnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails