1. Selesai kerja penggambaran, masuk pulak proses suntingan. Phew !!
2. 17 Ogos 2011, hari Rabu adalah hari serahan draf pertama. Hari sebelumnya, proses mengadun audio dan muzik telah dilakukan di Videoquip di Seksyen 17 Petaling Jaya. Pihak agensi juga telah memohon copyright untuk setiap lagu yang dimainkan di dalam TVC tersebut. Disebabkan TVC ini adalah kepunyaan sebuah badan organisasi yang besar dan dikenali ramai, maka kesemua proses ini harus dilakukan jika tidak mahu sebarang masalah di kemudian hari.
3. Pada masa yang sama juga, pihak agensi terpaksa mendapatkan kelulusan RTM, Finas, MIM dan sebagainya sebelum TVC ini ditayangkan di RTM, ASTRO dan TV3. Maka terpaksalah kami berkejaran ke sana ke mari untuk menyiapkan apa yang wajib.
4. Allah swt benar-benar telah membantu kami sepanjang proses ini, kerana apabila TVC ini ditayangkan kepada orang pertama, beliau amat suka. Maka, kami tidak perlu untuk membuat sebarang pindaan. Mungkin juga disebabkan masa yang terlalu suntuk, membuatkan kami juga tidak sanggup untuk menukar itu dan ini. Alhamdulillah.
5. Beta digital akhirnya diserahkan kepada agensi pada 22 Ogos 2011. Dan harapan kami agar anda akan menyukai TVC ini.
No comments:
Post a Comment