Tuesday, August 23, 2011

Photo Shoot

1. Ketika proses pos produksi, pihak klien mahukan kami membuat sesi photo untuk talent yang terlibat.
 2. Tiada pilihan lain, kami akur dan mengatur semula segalanya - dari talent, lokasi, props dan sebagainya.
 3. Lebih 1000 keping gambar berjaya dirakam menggunakan Canon 5D Mark II dan raw files telah diserahkan kepada klien keesokan harinya, iaitu 22 Ogos 2011 bersamaan dengan penyerahan beta digital.
 
 4. Demikianlah antara projek yang dikendalikan oleh kami sepanjang Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah.

Pos Produksi TVC

1. Selesai kerja penggambaran, masuk pulak proses suntingan.  Phew !!

2. 17 Ogos 2011, hari Rabu adalah hari serahan draf pertama. Hari sebelumnya, proses mengadun audio dan muzik telah dilakukan di Videoquip di Seksyen 17 Petaling Jaya.  Pihak agensi juga telah memohon copyright untuk setiap lagu yang dimainkan di dalam TVC tersebut.  Disebabkan TVC ini adalah kepunyaan sebuah badan organisasi yang besar dan dikenali ramai, maka kesemua proses ini harus dilakukan jika tidak mahu sebarang masalah di kemudian hari.

3. Pada masa yang sama juga, pihak agensi terpaksa mendapatkan kelulusan RTM, Finas, MIM dan sebagainya sebelum TVC ini ditayangkan di RTM, ASTRO dan TV3.  Maka terpaksalah kami berkejaran ke sana ke mari untuk menyiapkan apa yang wajib.

4. Allah swt benar-benar telah membantu kami sepanjang proses ini, kerana apabila TVC ini ditayangkan kepada orang pertama, beliau amat suka.  Maka, kami tidak perlu untuk membuat sebarang pindaan.  Mungkin juga disebabkan masa yang terlalu suntuk, membuatkan kami juga tidak sanggup untuk menukar itu dan ini.  Alhamdulillah.

5. Beta digital akhirnya diserahkan kepada agensi pada 22 Ogos 2011. Dan harapan kami agar anda akan menyukai TVC ini.


Saturday, August 20, 2011

New TVC for Raya and Merdeka Celebration

1. Sejak bermulanya Ramadan tahun ini, kami telah dilimpahkan rezeki yang tidak semena-mena oleh Allah swt.
2. Meskipun ianya tidak sebesar mana, namun ia cukup bererti bagi kami kerana kami telah diberi kepercayaan oleh World Communication Networks Resources SB untuk menjalankan kerja-kerja penerbitan sebuah iklan sempena Hari Raya dan Hari Kemerdekaan pada hujung bulan Ogos 2011 ini.
3. Dengan izin Allah juga, kami berjaya menjalankan amanah yang diberikan dalam tempoh waktu tidak sampai dua minggu untuk penerbitan TVC ini.

4. Petang Khamis 11 Ogos 2011, jam 6 petang, barulah pihak klien memberikan lampu hijau terhadap storyboard yang telah kami present seminggu sebelumnya. Mereka memilih Adibah Noor sebagai watak utama.

5. Sejak dari tarikh itu, kami bertungkus lumus melakukan kerja-kerja pre-production ; kerja-kerja casting, kautim dengan main cast, location, line-up petugas-petugas, memantapkan skrip, pemilihan equipment dan crew, art department dan banyak lagi. Phew !!!

6. Jumaat 12 Ogos 2011, jam 12.30 tengahari, terdapat lagi beberapa perubahan pada storyboard. Kami akur dengan kehendak klien dan cuba melakukan yang terbaik antara yang terbaik yang pernah kami lakukan.

7. Jumaat 12 Ogos 2011, jam 3 hingga 5 petang, ramailah yang bertandang ke pejabat World Comm untuk sesi casting. Namun, apa yang kami harapkan, tidak kesampaian. Kami mencari 5 kanak-kanak berbilang bangsa. Apa yang kami dapat, hanya 2 orang sahaja. Jam 10 malam, kami berbincang dengan Adibah Noor dan beliau telah menyarankan seorang talent kanak-kanak.
8. Sabtu 13 Ogos 2011, kami berbincang semula dengan klien. Dan klien menyarankan agar kami cuba casting anak rakan beliau. Jam 4 petang, kami mengadakan sesi casting untuk kanak-kanak tersebut ketika berbincang dengan krew produksi tentang peralatan, lokasi dan juga shootboard. Phew !! Akhirnya, Allah telah membantu kami sekali lagi. Adik-beradik yang mempunyai wajah yang kami dan klien inginkan untuk TVC ini berjaya kami perolehi.
9. Ahad 14 Ogos 2011 jam 7 pagi adalah call-time pertama untuk TVC ini. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar meskipun terdapat beberapa insiden yang tak sepatutnya kami ceritakan di sini.
 10. Isnin 15 Ogos 2011, jam 8 pagi. Art department tidak memunculkan diri membuatkan kami terpaksa membuat shot lain dahulu. Apabilamereka tiba, kami terpaksa membatalkan shot tersebut kerana terpaksa mengejar waktu dan moment yang lain. Extra yang standby untuk shot tersebut, hanya menunggu dan menunggu. Jam 4 petang, hujan lebat dan ribut yang kencang datang tanpa sebarang amaran. Serta merta penggambaran terpaksa dihentikan. Shooting pada hari tersebut berakhir jam 12 malam.
11. Selasa 16 Ogos 2011, jam 8 pagi. Shot yang tertangguh semalam, kami lakukan pada hari ini. Kerugian dianggarkan kurang lebih RM5000, kerana terpaksa memanggil pelakon extra dan juga tambahan sewa peralatan.
 12. Selepas penggambaran, terdapat lagi beberapa insiden ketika post-production.

13.  Semoga Allah swt memudahkan segala urusan seterusnya.

Tuesday, August 2, 2011

5 SEBAB !!

Anda Memiliki Perniagaan Sendiri ?
Anda Nak Glamer ?
Anda Nak SATU DUNIA Tahu Tentang Bisnes Anda ?

Jika YA, anda wajib ada VIDEO IKLAN !!


LIMA sebab kenapa anda wajib ada VIDEO IKLAN sendiri :
  1. Manusia gemar menonton video.
  2. Meningkatkan jenama anda dan juga membina kredibiliti perniagaan anda.
  3. Video iklan merupakan propaganda yang paling berkesan dan mampu mempengaruhi keputusan manusia secara tak sedar.
  4. Jika anda mempunyai website, pengunjung akan singgah lebih lama di website anda
  5. Inilah masanya kita menggunakan teknologi dan peluang yang ada untuk meluaskan lagi bisnes anda.

VIDEO IKLAN 
merupakan
TREND TERKINI
dalam memaksimakan penggunaan
MEDIA SOSIAL


HARGA BERMULA DARI RM 690* (Tertakluk Terma dan Syarat)

Hubungi Kami Untuk Mengetahui Apa Terma & Syaratnya :
(dan anda pasti akan KETAWA bila sudah mengetahuinya)

infoplanetstudio2010@gmail.com



Monday, July 25, 2011

Wayang U-Wei Angkat Saksi - TV Ad and Video Montage

1. Recently, Info Planet Studio has been given a responsibility to produce a 30 seconds TV promo and a video montage for an art exhibition organised by the Balai Seni Lukis Negara.

2. The exhibition called WAYANG U-WEI ANGKAT SAKSI is to portray various artworks and paintings from 8 different artists to acknowledge the works of U-Wei Bin Haji Saari, an award-winning film director.

3. The Curator is U-Wei Bin Haji Saari himself and Co-Curator is Faizal Sidik.

4. It was launched by the Minister of Information, Communication and Culture, Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim.

5. Watch the videos to get more info and do not forget to drop by Balai Seni Lukis Negara at Gallery 3A and 3B.

30 seconds TV Promo


3 minutes Video Montage


by saifullyzan@yahoo.com

Thursday, July 21, 2011

Anda berniaga ? Nak buat iklan video tapi takde bajet ?



Faham. Anda tiada bajet untuk membuat video iklan tentang perniagaan anda. Tak apa, kami ada cara bagaimana anda boleh mengiklan melalui YouTube atau pun media sosial yang lain menggunakan video untuk meluaskan lagi rangkaian anda. 

Memang terbukti, penggunaan video untuk menyampaikan maklumat atau pun untuk membuat propaganda adalah sangat sangat sangat berkesan. (contohnya tengok jelah video Bersih 2.0 tu...)

Penyaluran maklumat secara video terbukti dapat membina sentimen penonton seterusnya menyetujui atau pun menyokong terhadap maklumat yang disampaikan.

Justeru, kami ada pakej untuk menerbitkan video tentang perniagaan anda dengan harga serendah RM690 untuk TIGA klien pertama. Contoh video adalah seperti di atas.

(Tapi biasalah bro, harga tu, ada terma dan syarat laa.)

Nak tau lebih lanjut, hubungi saya atau SMS ke 019-3725654 atau email ke saifullyzan@yahoo.com.

Seriously ... You Need A Video Marketing !!


Yes. We are promoting a video marketing service. 

If you would like to advertise your product or services through a video marketing (sample video as above), let us consult you.  

For the first 3 clients  who would like to have a video like the above , we are offering a price of RM690, of course subject to terms and conditions.

Your potential clients from around the world will be notified about the advantages of your product and services through the power of YouTube and other social media.

By the way, we are preparing a special package for those who would like to take part in our next documentary, telemovie and film projects, whereby you have an opportunity to earn more income while having your advertisement running in our programmes.  We shall post the latest news as soon as possible.  Stay tune.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails