Tuesday, February 2, 2010

Program Membadai Otak Bhg 1

Anda berminat untuk sama-sama membadai otak mencari satu jalan cerita yang menarik ? Jika ya, mari kita sambung cerita ini. Jika jalan cerita anda menarik dan bertuah, hadiah saguhati menanti anda.

Di dalam sebuah planet, hanya wujud 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan.
(Kemungkinan planet mereka seperti gambar-gambar di bawah).
Lelaki 1 mencipta pesawat.
Lelaki 2 menjadi pakar fizik dan kimia.
Lelaki 3 sebagai tukang masak.

Perempuan 1 pakar dalam bidang seni mempertahankan diri.
Perempuan 2 hanya tahu menjahit.

Pada suatu hari, telah berlaku gempa bumi yang amat dahsyat di planet mereka. Kelima-lima mereka terpisah jauh.
(Beginilah agaknya gambaran gempa bumi di planet tersebut).
Setelah gempa bumi reda, mereka mula mencari antara satu sama lain.

Selang beberapa ketika, Lelaki 3 berjaya bertemu dengan Perempuan 2.
(Mungkin mereka bertemu di bawah pokok ini ?)
Mereka sepakat untuk mencari rakan-rakan mereka yang lain. Ketika mencari, banyak halangan yang terpaksa mereka hadapi.

Pada pandangan anda, apakah bentuk-bentuk halangan yang terpaksa mereka hadapi ? Mari kita membadai otak ....


from the chair of saifullyzan@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails