Friday, January 22, 2010

Be +ve

1. Info Planet Studio ditubuhkan pada 13 Januari 2010. Kitorg fokus pada penerbitan video, audio dan juga multimedia serta grafik.
2. Memang banyak competitor, tapi bagi aku setiap orang itu ada kelainannya. Ada orang guna kamera jenis lain dan juga editing jenis lain, dan sudah tentu hasil akhirnya akan memberikan kualiti hasil yang berbeza-beza.
3. Contohnya, aku banyak buat kerja editing guna software vegas manakala kebanyakan pesaing yang ada guna FCP atau edius. Susah betul aku nak cari orang yang guna vegas, namun itulah yang aku cuba jadikan niche.
4. Biar mereka guna software editing yang well known, manakala aku pula tergolong dalam kumpulan minoriti yang gunakan software yang tidak well known kerana aku positif dalam bidang ini.
5. Untuk pengetahuan, aku sebenarnya bermula dari atas. Iaitu menjadi seorang producer. Tahun 1995, aku buat vendor drama dengan HVD, aku jadi producer. Kalau ada sesiapa yang ingat, masa itu banyak skrip dari Taiwan dari Hong Kong etc yang diimport dan ditukar skripnya menjadi Bahasa Melayu. Itulah job yang aku dapat dulu ... hehehe.. itu sebab ceritanya tungang langgang dan bahasa yang digunakan entah apa-apa.
6. Lepas tu tahun 1996 sampai 2000, aku kerja buat dokumentari dengan Young Asia TV. Di sinilah titik permulaannya. Banyak topik aku cover di Malaysia dan semuanya untuk tontonan mereka di Sri Lanka, India, Pakistan, Nepal, Tibet dan negara2 berhampiran dengannya.
7. Di situ aku digelar Program Maker, bukannya Producer atau Director atau pangkat yang seangkatan dengannya. Kerja Program Maker ni, aku kena cari bahan, aku kena kena tulis skrip, aku kena cari talent, aku kena buat bajet, aku kena direct, aku kena buat tape logging dan aku kena duduk dengan editor untuk pilih shot. Itu jam edit pakai DFS100, analog editing machine. Salah sikit je, kena buat balik, kalau tidak, gambar drop.
8. Disebabkan aku ni degil dan lebih berminat menghasilkan produk daripada buat kerja admin, maka aku belajar cara operate kamera dan cara guna DFS100. Itu jam ada org putih bagi aku peluang untuk bawak kamera sendiri pergi shoot aksi seorang stuntman Malaysia di Lata Kinjang.
9. Ada cameraman, Taju dan Helmi, dan juga editor, Abg Zul, SengWai dan Alex kerja di situ dan aku juga banyak belajar dari mereka. And not to forget the Head Of Production waktu itu, AngNei. Thank you guys.
10. Dari situ, aku hidup dengan dunia aku sendiri. Aku passion tentang videoworks dan menghasilkan sesuatu.
11. Tahun 2000, gawat. Aku kerja buat sales pulak. Pun bermula dari zero. Tapi aku belajar cara-cara menjual produk yang berharga RM10k dalam masa 3 jam dan aku berjaya menjual kepada pelanggan pertama. Itulah saat yang paling gembira. 1st customer, 1st deal !!!
12. Bukan nak tunjuk terror, tapi point aku - Kalau kita positif, yakin dengan apa yang kita ada, kita tahu setakat mana kemampuan kita, just go for it. No one will stop you, KECUALI mereka yang tidak mahu melihat kita lebih maju dari diri mereka dan cemburu dengan apa yang kita ada.
13. So, be positive, appreciate what you have and do what you want to lead a better life. Aku sedia untuk berkongsi pengalaman aku yang tak seberapa ini dan juga pengetahuan aku tentang videografi dan editing kepada mereka yang berminat.

by saifullyzan@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails